Multimedia: Apa Itu Multimedia? Jika Di soal mesti ada jawapannya
Apa Itu Multimedia?
Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan
teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital
seperti teks, audio, grafik,animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.
Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau
perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi
komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Tafsiran Daripada Tokoh-Tokoh Multimedia
"Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan
hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting,
melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan
penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
"Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi
,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia
lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth
(1992).
"Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau
gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu
audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" -
Gayeski (1993).
"Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan
bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera
padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang
menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).
Comments
Post a Comment